Monday, September 17, 2007

Lawatan ke Muzium Old Ford Factory

Salam sejahtera cikgu dan rakan-rakan sekalian.
Senang bertemu kembali di blog pribadi saya. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika saya bepergian ke muzium pada hari Selasa yang lalu. Bukan hanya kelas kami yang diajurkan untuk bepergian tetapi kelas 2/5 pun ikut bepergian. Kemudian sepulang sekolah pukul 1 petang kami pun berehat sejenak sambil menunggu sampai pukul 2 petang lalu kami berangkat dengan menggunakan bas. Muzium itu terletak di Bukit Timah dan perjalanan itu hanya memerlukan waktu 30 minit.
Ketika sampai di muzium, kami pun menyaksikan video ketika orang-orang Jepun menjajah Singapura. Dari video itu pun menggambarkan betapa menderitanya orang Singapura yang disiksa oleh orang-orang Jepun. Selama 1 jam kami menonton video itu dengan tenang dan penuh perhatian. Selepas itu kami pun diajak oleh guru kami untuk mengelilingi isi dalam dari muzium itu. Kami melihat berbagai foto-foto dan sejarah ketika Jepun menduduki negara ini. Dan terdapat pula berbagai patung-patung serta benda-benda kuno jaman dahulu.
Saya merasa sangat senang dan sangat menikmatinya kerana ini adalah pengalaman saya yang pertama kalinya untuk bepergian bersama cikgu dan rakan-rakan sedarjah saya dan saya pun mendapat banyak pengalaman dari muzium itu.
Mungkin hanya ini saja yang dapat saya katakan, untuk lain waktu saya akan berkongsi tentang pengalaman saya yang lain.
Sekian terima kasih.

Monday, September 10, 2007

perkenalan

Salam Sejahtera kepada cikgu dan rakan- rakan sekalian...
Saya bernama Vina dari kelas 26 Shuqun Secondary School...
Hobi saya adalah membaca buku, saya suka membaca buku - buku seperti komik, novel, ataupun buku - buku yang berbau pengetahuan...
Saya berharap dengan saya membuat blog ini,
kita semua dapat bertukar pengalaman dan pendapat dengan rakan- rakan sekalian...
Saya pikir cukup sekian..
Salam dan terima kasih kerana sudah menyempatkan waktu membaca blog peribadi saya...